DASAR PRIVASI REDRUSA
Ini adalah Dasar Privasi bagi RedRusa dan tujuan dasar ini adalah untuk memaklumkan bagaimana RedRusa mengendalikan, mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Data Privasi anda mengikut undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP 2010”).
Dengan menghantar maklumat kepada kami, anda bersetuju dan membenarkan RedRusa serta pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi pihak anda mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda mengikut cara yang ditetapkan dalam dasar ini.
“Data Peribadi” termasuk maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang mana mengenal pasti atau mengesan individu atau berupaya untuk berbuat demikian.
PENGENALAN KEPADA APDP 2010
• RedRusa hanya akan mengumpulkan data peribadi yang anda berikan kepada kami mengikut undang-undang di bawah APDP 2010. Kami dengan segala usaha memaklumkan anda mengenai tujuan data peribadi anda yang dikumpulkan, digunakan, didedahkan dan/atau diproses serta mendapatkan kebenaran anda bagi tujuan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan yang dimaksudkan kecuali jika terdapat pengecualian di mana undang-undang membenarkan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda tanpa kebenaran anda.
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
• Selain data peribadi yang diberikan kepada kami, kami juga boleh mengumpul data peribadi anda melalui pelbagai pelbagai sumber seperti:
Sumber maklumat awam dan/atau pihak ketiga;
Apabila anda menyerahkan borang untuk mendaftar surat berita kami atau
permohonan keahlian;
Apabila anda berinteraksi dengan perkhidmatan pelanggan kami dan/atau wakil
pemasaran kami (contoh: melalui telefon, surat, mesyuarat secara fizikal, e-mel, pos
dan mesej di halaman media sosial kami dan lain-lain);
Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami seperti laman web dan aplikasi-
aplikasi termasuk pendaftaran akaun dalam talian kami;
Apabila anda bertindak balas kepada promosi, inisiatif kami atau mengemukakan
sebarang permintaan tambahan Data Peribadi;
Apabila kami menerima rujukan-rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak
ketiga seperti di mana anda telah dirujuk oleh mereka;
Apabila anda mengemukakan Data Peribadi kepada kami bagi tujuan membeli produk
kami atau menyerahkan testimoni produk atau sebarang tujuan lain;
Apabila anda mengemukakan permohonan pekerjaan kepada RedRusa dengan menyerahkan resume anda atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk
rujukan perkerjaan; dan/atau
Apabila anda akses laman web kami, walaupun anda biasanya dikenali tanpa nama
tetapi sila rujuk Klausa “Cookies” di bawah.
Sekiranya anda memberikan kami Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (seperti maklumat pasangan, anak, ibu bapa dan/atau pekerja), dengan menyerahkan maklumat kepada kami, anda mewakili kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan pihak ketiga untuk mengemukakan Data Peribadi kepada kami mengikut syarat-syarat Dasar ini.
Anda memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul pada tarikh penyerahan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk memberikan Produk dan/atau Perkhidmatan mengikut permintaan anda.
TUJUAN-TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Data Peribadi yang kami terima daripada anda akan dikumpulkan, digunakan, didedahkan dan/atau diproseskan untuk tujuan-tujuan yang berikut tetapi tidak terhad kepada:
Berkomunikasi dengan anda mengenai pertanyaan anda, dan/atau menghantar maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami yang sedia ada, rakan kongsi dan pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami;
Urusan-urusan pentadbiran dan/atau keahlian berkenaan dengan pendaftaran akaun baharu, pembayaran atau bayaran balik;
Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan, dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan; dan
Apa-apa tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda semasa memperolehi kebenaran anda.
Sekiranya anda memohon pekerjaan atau sebarang pelantikan lain dengan RedRusa, tujuan- tujuan RedRusa mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi termasuk:
Memproses dan menilai permohonan anda;
Melaksanakan pemeriksaan latar belakang dan mengesahkan kelayakan-kelayakan
anda; dan
Tujuan lain yang berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.
Sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undnag dan peraturan-peraturan, RedRusa boleh mengumpulkan dan menggunakan Data Peribadi anda untuk perkara tambahan seperti berikut:
Perkhidmatan analitis dan penjejakan;
Mengendalikan tinjauan pasaran dan penyelidikan-penyelidikan untuk kami
memahami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan
RedRusa;
Memberikan perkhidmatan tambahan untuk memanfaatkan anda, termasuk promosi-
promosi, program kesetiaan dan ganjaran di RedRusa;
Mentadbirkan pertandingan, persaingan dan kempen-kempen pemasaran serta
memperibadikan pengalaman anda di RedRusa;
Memperkenalkan iklan-iklan mengenai produk-produk RedRusa, tawaran istimewa, ganjaran, sama ada kepada pelanggan kami secara amnya atau yang kami telah kenal pasti yang mungkin menarik minat anda;
Menganjurkan promosi-promosi dan projek-projek sosial korporat; dan
Tujuan-tujuan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan atau tujuan yang
berkaitan dengan perkara-perkara tersebut di atas.
MENDEDAHKAN DATA PERIBADI
• RedRusa boleh mendedahkan data peribadi, selaras dengan undang-undang dan peraturan- peraturan untuk pihak-pihak berikut:
Ejen atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan operasi atau pentadbiran seperti perkhidmatan kurier, telekomunikasi, maklumat teknologi, pembayaran, penyimpanan dan/atau lain-lain yang berkaitan;
Agensi pengiklanan, agensi pemasaran atau pihak-pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan kepada RedRusa;
Kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang sama ada tempatan atau luar negara;
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, rakan kongsi perniagaan luar yang berhubung dengan acara promosi RedRusa; dan
Kepada mana-mana pihak lain yang anda beri kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepadanya.
PENGGUNAAN “COOKIES”
RedRusa menggunakan “cookies” di laman webnya bagi tujuan berikut:
Mengizinkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi tertentu di laman web kami, seperti mengingati data-data anda, menyemak imbas dan perkhidmatan lain-lain;
Membina profil anda dan pengguna-pengguna yang memakai laman web kami;
Menambah baik kecekapan laman web kami;
Mentadbirkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda dan pihak pengiklan; dan
Memperolehi statistic-statistik penggunaan.
Iklan-iklan di laman web RedRusa mungkin disediakan oleh pihak ketiga dan agensi-agensi berkaitan. RedRusa tidak mengawal pihak-pihak ketiga dan dasar-dasar cookies mereka, sekiranya anda mendapati sebarang pertanyaan mengenai dasar-dasar cookies mereka, sila hubungi RedRusa dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dengan memberikan maklumat-maklumat agensi pengiklanan pihak ketiga tersebut.
RedRusa tidak bertanggungjawab untuk dasar-dasar Data Peribadi (termasuk perlindungan Data Peribadi dan cookies), kandungan atau keselamatan mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan ke laman web RedRusa.
PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN KEPADA DATA PERIBADI
Sila maklumkan kepada kami di cs@redrusa.com sekiranya anda ingin membatalkan atau menarik balik persetujuan anda daripada penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan di atas.
Sila ambil perhatian bahawa sejurus kami menerima pengesahan anda untuk membatalkan atau menarik balik persetujuan anda daripada penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda, kami mungkin mengambil masa sebanyak tiga puluh (30) hari untuk melaksanakan permintaan anda dan mengemaskini data anda di dalam sistem kami. Oleh itu, anda akan masih menerima pemasaran atau bahan promosi-promosi/komunikasi dalam tempoh masa ini. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarik balik persetujuan anda untuk penerimaan pemasaran atau bahan promosi melalui mod tertentu, kami mungkin akan menghubungi anda untuk perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda pegang atau telah melanggan dengan RedRusa.
PERTANYAAN
• Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di cs@redrusa.com atau hubungi Cik. Gunaselvi Ananthan, Eksekutif Pentadbiran, di talian 03-8080 6222. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.
Dikemaskini pada 20 Disember 2022.